Skip links

Majlis Serahan Cek dan Peluang Pendidikan IKIP bersama Kaunselor Negeri Pahang

Seramai hampir seratus orang kaunselor dan pengetua dari seluruh pelusuk negeri Pahang telah berkumpul di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang pada 25 Februari 2015 bagi turut sama menjayakan majlis yang dianjurkan oleh IKIP Group of Colleges.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Yayasan Pahang yang juga merupakan Pengarah Urusan IKIP Education Sdn Bhd, Yang Berbahagia En Norhishamuddin Yaacob, tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kaunselor dan pengetua yang membantu mendapatkan pelajar ke IKIP pada tahun lalu (2014) melalui kempen pemasaran One to One. Pihak IKIP turut melancarkan kempen pemasaran terbaharu iaitu Kempen Education For All yang meningkatkan ganjaran yang bakal diterima oleh para kaunselor serta agen pemasaran berdaftar bagi setiap pelajar baharu iaitu daripada RM100 kepada RM500. Turut hadir sama di majlis tersebut adalah En Mohd Lotfi Bin Idris, Penyelia Kanan Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Selain daripada memperkukuhkan hubungan IKIP dengan sekolah-sekolah di negeri Pahang serta peningkatan insentif, usaha lain yang bakal dilaksanakan adalah Education For All Ivory Road Tour yang menampilkan penerokaan IKIP ke zon-zon sasaran bagi meningkatkan kerja pemasaran kursus-kursus IKIP yang kompetitif. Pada tahun ini juga, IKIP mensasarkan peningkatan bilangan pelajar antarabangsa melalui pendekatan Education For All- Global.

Semoga segala perancangan yang diusahakan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang lumayan. Sekalung penghargaan ditujukan kepada para pengetua dan kaunselor di atas sokongan dan kerjasama.

Return to top of page