Skip links

IKIP tandatangan MoU dengan STAIN : Sasar kerjasama akademik dan kemahiran

Kuantan, 29 Julai 2015 – Satu Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) Persefahaman antara IKIP Education Sdn. Bhd (IKIP) dengan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), Batusangkar, Barat Sumatera, Indonesia diadakan pada hari ini bertempat di Kompleks Yayasan Pahang. Kerjasama ini memanfaatkan secara optimal segala sumber daya yang ada pada kedua belah pihak, IKIP dan STAIN dalam pembangunan sektor pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang dinamis dan progresif dalam menghadapi era global.

Ruang lingkup kerjasama ini meliputi usaha kerjasama akademik dan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan kursus-kursus akademik yang ada pada kedua-dua belah pihak, sosialisasi internasional marketing, berkongsi tenaga kepakaran, penglibatan dalam menyertai seminar, pameran, simposium dan aktiviti-aktiviti ilmiah. Majlis MoU ini diwakili oleh YBhg. En. Norhishamuddin bin Yaacob, Pengarah Urusan IKIP Education Sdn. Bhd dan YH. Bapak Dr. H. Kasmuri, MA, Ketua STAIN Batusangkar, Indonesia.

“Kerjasama ini bukan sahaja terhad dalam bidang akademik, malah pihak IKIP akan memperluaskan ke peringkat kemahiran dan kami bercadang akan membuka outlet perniagaan di STAIN kelak,” kata En.Norhishamuddin bin Yaacob dalam majlis tersebut. Tambah beliau lagi, “Pelajar STAIN yang belajar di IKIP mendalami ilmu agama boleh meneruskan pengajian peringkat seterusnya samada di peringkat kemahiran atau Ijazah Sarjana Muda Shariah (Ekonomi & Perbankan Islam) kerjasama dengan Universiti Yarmouk di Jordan.”

Manakala, YH. Bapak Dr. H. Kasmuri amat rasa berbesar hati dengan kerjasama IKIP – STAIN kerana kedua-dua pihak dapat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Beliau turut berharap agar peluang ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Return to top of page
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com