Skip links

UCYP Volunteer Team santuni Gelandangan Kota dengan Program Singgah Sahur

Kuantan : 29 Mei 2019,   Seramai hampir 25 orang pelajar termasuk beberapa orang kakitangan yang menyertai Program Singgah Sahur Bersama Gelandangan yang dianjurkan oleh   Unit Perkhidmatan Kaunseling dengan kerjasama  Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UCYP Team Volunteer dan Majlis Perwakilan Pelajar. Program ini dimulakan dengan majlis penyerahan sumbangan yang telah diinfaqkan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta dan pihak individu lain. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Assistant Professor Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli, Timbalan Naib Cancelor, Pembangunan Pelajar & Alumni, University College of Yayasan Pahang kepada Ketua Program ini  iaitu Puan Norhidayah Binti Mohd Ibrahim yang juga merupakan Kaunselor di UCYP.

Selepas majlis penyerahan selesai, sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini bergerak di sekitar bandar Kuantan bagi menyerahkan sumbangan infaq dan makanan untuk bersahur. Program ini mengambil masa selama hampir empat (4) jam bermula jam 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.

Menurut Puan Norhidayah Binti Mohd Ibrahim, selaku ketua UCYP Volunteer Team  menyatakan bahawa gelandangan sekitar bandar Kuantan semakin berkurangan dan tidak seperti bandaraya lain . Hanya beberapa orang gelandangan sahaja yang ditemui di sekitar bandar Kuantan . Namun begitu , semangat yang telah ditunjukkan oleh pasukan sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan UCYP sangat dipuji kerana sanggup mengorbankan masa tidur mereka dengan menyertai program ini . Mereka juga bukan sahaja menyerahkan sumbangan malah beramah mesra dengan golongan tersebut. Melalui program ini, dapat dilihat bahawa siswa dan siswi yang masih muda ini  sangat prihatin terhadap golongan seperti ini. Dengan tagline UCYP Volunteer Team “Hari ini kita membantu, esok lusa kita dibantu” mengharapkan agar ahli sukarelawan  ini  tidak jemu dalam melibatkan diri dalam program atau aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat sekeliling.

Sumbangan : Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Alumni).

Return to top of page
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com