Skip links

Kursus Kenaf di UCYP

Pada 12 Julai yang lalu,  UCYP dengan kerjasama  IMPAC serta Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan kursus Penyelenggaraan dan Operasi Mesin Memproses Batang Kenaf Serta Pengenalan Kepada Penghasilan Gentian Kenaf bertempat di UCYP yang di hadiri seramai 30 orang peserta.

Kursus yang berlangsung selama lima (5) hari itu, turut dijalankan di pusat pemprosesan kenaf milik LKTN di Tebu Hitam, Rompin Pahang.

Mengetuai setiap sesi taklimat dan latihan kursus ini adalah lima (5) orang tenaga pengajar UCYP daripada Fakulti Sains & Teknologi iaitu, Ts. Mohd Hamisa Mohd Hamid, En. Khairul Hidayat Abdul Manan, En. Abdul Hadi Shahra, Cik Nazatul Niza Nordin dan Cik Nurlyana Farhan Oslan, bagi memastikan kursus ini berjalan dengan lancar.

Sebanyak empat (4) topik utama antaranya adalah pengendalian dan pengurusan tanah di ladang kenaf, gambaran keseluruhan mesin di kilang & prosedur operasi, penyelenggaran mesin pemprosesan kenaf serta akta keselamatan & kesihatan pekerja di ladang turut dipelajari oleh peserta selain lawatan dan latihan ke pusat pemprosesan batang kenaf.

Hadir sama dalam majlis penutup kursus ini adalah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LKTN  En. Mohamad Fakri Mohamad Noor dan Pengarah LKTN cawangan Pahang, En. Mohd Za’im Mohd Nor.

Return to top of page