Skip links

Pelajar PETAMA Ungguli Pertandingan Mahrajan

Pelajar PETAMA telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam Pertandingan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan pada 14 & 15 Julai 2019.

Program dwi tahunan ini diadakan bagi menilai penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mualaf melalui acara-acara yang dipertandingkan di samping memupuk budaya dan minat mualaf terhadap ilmu pengetahuan dalam usaha melahirkan modal insan yang terbaik. Program ini menghimpunkan para peserta terdiri daripada  pelbagai latar belakang bangsa yang baru memeluk Agama Islam dari seluruh negeri Pahang.

Selain itu, program ini turut mewujudkan individu dan komuniti mualaf yang berkualiti serta berupaya menghayati ajaran Islam sepenuhnya malah mengeratkan persaudaraan antara mualaf yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.

Terdapat lima acara yang dipertandingkan bagi kategori  lelaki dan wanita iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran , Amali Solat, Azan dan Iqamah serta Pengucapan Awam.

Mahrajan pada kali ini disertai oleh 42 orang peserta dan mereka telah menunjukkan prestasi persembahan yang luar biasa khususnya oleh pelajar PETAMA.

Senarai penuh acara yang dimenangi oleh pelajar PETAMA adalah seperti berikut:

No. Acara Kategori Nama Pemenang
1 Tilawah Al-Quran  Lelaki Johan  Muhammad Nuramirul bin Firdaus
Naib Johan  Rojasimi bin Roslan
Tempat ketiga  Bah Liman bin Bah Kabot
Wanita Tempat ketiga  Saerah binti Along
2 Hafazan Al-Quran  Lelaki Johan  Safarudin bin Abdullah
Naib Johan  Muhammad Irwan bin Zainal
Tempat ketiga  Shahrool bin Rameh
Wanita Johan  Maz Arissa Nurul Aliana binti Ah Long
Naib Johan  Nurul Fatin Qairah binti Bah Dol
3 Pengucapan Awam Lelaki Johan  Muhammad Azman bin Rosli
Wanita Naib Johan  Rosfazlila binti Rosmadi
4 Amali Solat Lelaki Johan  Ajai bin Amran
Naib Johan  Lokman bin Liki
Wanita Johan  Norasmira binti Rosni
Tempat ketiga  Tania Alfira binti Rosmadi
5 Azan & Iqamah Lelaki Johan  Safarudin bin Abdullah
Naib Johan  Mohd Khuzairie bin Along
Tempat ketiga  Aimen Shafizi bin Zakaria

Kemuncak bagi Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Pahang pada 15 Julai 2019 ialah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) YBhg Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan peserta yang menyertai program mahrajan pada kali ini. Bagi acara sukan bola sepak dan sepak takraw pihak  MUIP telah memilih pelajar PETAMA untuk mewakili Negeri Pahang.

Johan bagi setiap acara akan mewakili Negeri Pahang ke Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 yang akan diadakan pada 16 hingga 18 Ogos 2019 di Pulau Pinang.

Return to top of page
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com