Skip links

World of Career: Work Skills Development Workshop

World of Career: Work Skills Development Workshop adalah program anjuran UCYP dengan kerjasama Grad Malaysia, KWSP dan Job Malaysia. Program ini telah berlangsung di auditorium main campus UCYP di Tanjung Lumpur pada hari Selasa, 21 Januari 2020.

Program ini melibatkan 202 orang pelajar UCYP yang akan menjalani program latihan industri pada masa akan datang. Program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dan juga penceramah jemputan iaitu, Pengarah Pemasaran GTI Media Encik Alfred Leo Chiang Ming, Perunding Kerjaya Job Malaysia, Pn Umi Kalsom Bt. Kasim, dan Penasihat KWSP, Encik Muhammad Afif Bin Muzlan.

Program ini dianjurkan sebagai langkah persediaan bagi pelajar yang bakal menjalani latihan industri di mana ianya adalah program wajib bagi pelajar semester 5 dan ke atas. Menurut Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, World of Career (WOC) merupakan usaha UCYP dalam menghasilkan graduan yang bertepatan dengan keperluan pasaran.

Dalam ucapan pembukaannya, Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin berkata, “Saya percaya bahawa bengkel ini dapat menyediakan dan melengkapkan pelajar dengan pendedahan dan pengalaman optimum dari segi pembangunan teknologi, komunikasi yang efektif, amalan kerja berpasukan, dasar, prosedur dan peraturan, perspektif profesional, dan pelaporan.”

Program ini dibahagikan kepada lima (5) slot strategik yang menekankan aspek-aspek penting bagi menjalani program latihan industri. Lima slot tersebut adalah penulisan resume, tips temuduga, tanggapan pertama, taklimat kerjaya dan taklimat perancangan kewangan dan KWSP. Sepanjang bengkel tersebut, Pengarah Pemasaran GTI Media, En. Alfred Leo Chiang Ming memberikan pandangannya mengenai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk tiga slot pertama iaitu penulisan resume, tips temuduga, dan tanggapan pertama. Kemudian, Perunding Kerjaya Job Malaysia, Pn Umi Kalsom Bt. Kasim menerangkan dengan lebih lanjut tentang slot ke-4 yang merupakan taklimat kerjaya diikuti slot terakhir iaitu, taklimat tentang perancangan produk kewangan dan KWSP yang disampaikan oleh Penasihat KWSP, Encik Muhammad Afif Bin Muzlan.

Para pelajar yang mengambil bahagian dalam bengkel ini telah memperoleh pelbagai pengetahuan bagi menjalani latihan industri. Menurut Naib Canselor UCYP, ia sememangnya peluang yang baik bagi UCYP untuk bekerjasama dengan penceramah yang berpengalaman dan juga berasal dari industri yang bersedia berkongsi perspektif, pengetahuan dan pandangan mereka mengenai persiapan dunia pekerjaan. Naib Canselor juga menyatakan “Sebagai institusi pendidikan, saya berharap kerjasama seperti ini dapat diperkuatkan lagi melalui pelbagai kolaborasi akan datang. Saya sangat percaya bahawa, kolaborasi seperti ini mampu membuahkan hasil yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. ”

Ditulis oleh Wan Mauhammad Safuan Bin W Ab Rahman

Proses pendaftaran pelajar untuk program World of Career: Work Skills Development Workshop

“Saya percaya bahawa bengkel ini dapat menyediakan dan melengkapkan pelajar dengan pendedahan dan pengalaman optimum dari segi pembangunan teknologi, komunikasi yang efektif, amalan kerja berpasukan, dasar, prosedur dan peraturan, perspektif profesional, dan pelaporan.”

Sesi bergambar peserta bersama penceramah dan juga Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin

Pelajar memberi tumpuan kepada penceramah

Return to top of page