Skip links

Majlis Santai Petang Alumni Bersama Naib Canselor UCYP

Satu majlis santai petang alumni peringkat UCYP/KYP bersama Naib Canselor UCYP telah berlangsung di Mint Restaurant, Balok, Kuantan, Pahang pada 6 Februari 2020. Majlis tersebut melibatkan alumni yang bekerja di UCYP/KYP.

Seramai 53 orang alumni UCYP dan KYP telah menghadirkan diri ke majlis tersebut. Turut hadir pada petang itu ialah Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor UCYP (Pembangunan Pelajar dan Alumni), Dr. Azhar Bin Jaafar.

Majlis tersebut diadakan bagi memulakan sesi pemilihan Jawatankuasa Penaja Alumni Peringkat UCYP & KYP di mana satu proses pengundian secara online telah berlangsung bagi memilih calon. Majlis ini juga dapat dilihat sebagai satu initiatif bagi mengumpulkan para alumni dalam satu majlis petang yang santai.

Semasa majlis berlangsung, Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin telah memberikan ucaptama beliau yang menyeru para alumni untuk memberikan sokongan yang padu kepada Tabung Alumni bagi memudahkan proses membantu pelajar-pelajar dan juga bagi menggerakkan aktiviti pada masa akan datang.

Bagi mengakhiri ucaptama beliau, Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin berkata, “Marilah kita sama-sama mengambil peluang bagi melaksanakan agenda perubahan alumni UCYP.”

Timbalan Naib Canselor UCYP (Pembangunan Pelajar dan Alumni), Dr. Azhar Bin Jaafar juga trurut memberikan sedikit taklimat tentang langkah-langkah pengundian Jawatankuasa Penaja Alumni secara online.

Selepas taklimat dan ucapan berakhir, majlis diteruskan dengan minum petang yang bertemakan santai di mana para hadirin menikmati juadah-juadah yang enak dan pada masa yang sama menikmati permandangan indah Pantai Balok. Ini boleh dilihat sebagai satu inisiatif yang bagus bagi alumni untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping mengimbas kenangan semasa di UCYP/KYP.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan alunan lagu oleh staf Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni. Majlis kemudian berakhir dengan sesi fotografi bersama kesemua tetamu majlis.

Gambar tetamu majlis bersama Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin

Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin memberikan ucaptama beliau.

Alumni bersama Naib Canselor UCYP, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin

Antara alumni UCYP/KYP yang hadir

Return to top of page