Skip links

UCYP Memenangi Pingat Emas bagi Sepak Takraw di SUMZOT 2020

Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur 2020 yang berlangsung selama empat (4) hari telah dianjurkan oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berlangsung pada 6 Februari hingga 9 Februari 2020 di TATI University College, Terengganu. Peserta kejohanan ini terdiri daripada wakil dari 16 institusi pengajian tinggi swasta termasuk UCYP. Kejohanan dimulakan selepas Majlis Pembukaan Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur 2020.

Semasa kejohanan berlangsung, Badminton, Ping Pong, Futsal, Bola Sepak, Sepak Takraw, Petanque, Bola Tampar, Bola Jaring dan E-Sport adalah antara sukan yang dipertandingkan di kejohanan tersebut. Seramai 106 kontinjen atlet telah mewakili UCYP di kejohanan tersebut. Kontinjen UCYP telah mengambil bahagian di dalam semua acara dan telah berjaya mencapai kedudukan ke enam (6) daripada 16 IPTS dengan jumlah pingat, satu (1) emas, tiga (3) perak dan dua (2) gangsa.

Pemenang bagi pingat emas adalah Sepak Takraw dan bagi pingat perak adalah Ping Pong Perseorangan Wanita, Badminton Perseorangan Wanita, dan E-Sport Mobile Legends. Kontinjen UCYP juga berjaya meraih pingat gangsa untuk Ping Pong Perseorangan Lelaki dan Ping Pong Perseorangan Wanita. Para atlet telah menunjukkan kebolehan mereka dengan sangat mantap sepanjang kejohanan berlangsung.

Pemenang keseluruhan bagi kejohanan tersebut adalah UNITEN manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh TATIUC dan KPTM. Tahniah kepada kontinjen UCYP bagi usaha, kerja keras dan semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur 2020.

Written by Wan Muhammad Safuan Bin W Ab Rahman

Kesemua kontinjen atlet UCYP

Doa sebelum perlawanan bermula

Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw atas pingat emas yang dimenangi!

Kumpulan E-Sports UCYP yang berjaya memenangi pingat perak

Return to top of page