Skip links

Mock Interview: Persediaan Dunia Pekerjaan

Satu program Mock Interview telah dianjurkan oleh UCYP di Bilik Tutorial, Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur pada 15 Februari 2020.

Program tersebut telah menerima penyertaan seramai 200 orang pelajar UCYP yang bakal menjalani latihan industri pada semester akan datang. Turut hadir di program tersebut ialah para pensyarah UCYP yang bertindak sebagai panel bagi sesi temuduga yang dijalani oleh pelajar.

Program Mock Interview ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan yang secukupnya kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri pada semester akan datang. Program ini juga bertujuan bagi mempercukupkan mereka tentang cara-cara dan asas temuduga, komunikasi dua hala yang berkesan dan etika semasa temuduga. Ini kerana aspek-aspek sebegini akan menentukan peluang untuk mereka berjaya di dalam suatu temuduga. Melalui program Mock Interview ini, pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi situasi temuduga dari segi fizikal dan juga mental.

Sesi Mock Interview tersebut dibahagikan kepada tiga (3) sesi yang berlangsung pada pukul 8:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Pelajar ditemuduga oleh dua orang panel yang terdiri daripada pensyarah daripada fakulti yang berbeza. Sesi temuduga tersebut dijalankan secara profesional bagi memberikan pengalaman temuduga yang optimum kepada pelajar. Pelaksanaan sebegini adalah sangat berkesan bagi memastikan pelajar akan menjalani sesi temuduga secara efisien di masa akan datang.

Program sebegini diharapkan dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam mengendalikan aspek-aspek temuduga seperti memberikan jawapan yang relavan kepada soalan panel dalam keadaan yang tenang dan tidak gementar. Ini akan memberikan tanggapan pertama yang lebih baik kepada bakal majikan dan juga meningkatkan peluang mendapat pekerjaan. Program diakhiri dengan pemberian sijil dan cenderahati kepada para pelajar yang menyertai program.

Ditulis oleh Wan Muhammad Safuan Bin W Ab Rahman

Fasilitator program Mock Interview

Sesi pendaftaran peserta

Sesi temuduga sedang berlangsung

Return to top of page