Skip links

Success is Not Served on a Silver Plater

Pada 19 Februari yang lalu, UCYP telah menganjurkan satu program yang berjaya memberi inspirasi kepada hampir 250 orang peserta dari kalangan kakitangan Yayasan Pahang, UCYP, KYP, KYP Advanced Skills, Maahad Tahfiz, YP Mining, YPPH, YP Land dan YP Hevea. Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd ​​Nur yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.

Perkongsian yang bertajuk Success is not Served on a Silver Platter memaparkan perjalanan kerjaya Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd ​​Nur sepanjang 38 tahun penglibatan beliau dalam bidang yang diceburinya.

Beliau menekankan bahawa kejayaan tidak akan diraih tanpa usaha. Selain itu, faktor yang mendorong sesebuah kejayaan melibatkan sokongan daripada keluarga. Tenaga positif yang ada dalam diri seseorang turut memberi impak positif terhadap persekitaran kerja. Hubungan dengan orang sekeliling juga memainkan peranan penting dalam urusan seharian. Ruang dan peluang berkolaborasi turut dapat mempengaruhi sesebuah kejayaan selain sentiasa berusaha mencari ilmu bagi meluaskan pandangan.

Perkongsian ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk bertanyakan soalan serta memberikan pandangan melalui interaksi aplikasi Slido. Sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pelbagai soalan diajukan. Meskipun tidak semua soalan dapat ditunaikan, para peserta tetap berpuas hati dengan penjelasan, panduan serta tips yang dikongsi oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Program motivasi yang bersifat santai ini diakhiri dengan persembahan nyanyian Standing in the Eyes of the World oleh pelajar UCYP bersama-sama dengan semua peserta yang hadir.

Sepanjang sesi perkongsian ini berlangsung, kata-kata yang diucapkan oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd ​​Nur telah memberikan impak yang sangat positif kepada peserta.  Diharapkan bahawa perkongsian sebegini dapat terus memberi inspirasi kepada kakitangan untuk terus mencipta kejayaan.

Written By Wan Muhammad Safuan Bin Safuan

Peserta program mengambil foto bersama Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur

Peserta program mengamati pesanan yang dikongsi oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur berkongsi pengalaman beliau

Soalan yang diajukan dalam interaksi Slido

Return to top of page