Skip links

2 Pelajar UCYP Terima Gelaran The Adaptive Icon

Dua orang pelajar UCYP telah dipilih untuk menerima anugerah The Adaptive ICON bagi IKON UCYP 2020. Pengumuman pemenang telah dimuatnaik di akaun rasmi instagram ucyp.malaysia.

Pengumuman tersebut telah menamatkan debaran 48 finalis yang bertanding dalam 11 kategori.

Menurut Timbalan Presiden (Penjenamaan dan Komunikasi Korporat) UCYP, Puan Suhaila Haji Mukhtar, program tersebut merupakan program realiti pertama yang dilaksanakan secara atas talian (online) anjuran bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Alumni) dengan menjadikan Instagram sebagai platform utama program ini.

“Program ini adalah sebahagian daripada langkah UCYP mempromosikan sepuluh (10) nilai pelajar yang telah diperkenalkan oleh universiti malahan ia juga dijadikan sebagai satu aktiviti kepada mahasiswa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan universiti untuk membuat aktiviti berbentuk program fizikal. Sepuluh (10) nilai pelajar UCYP yang diperkenalkan adalah Adaptive, Ambitious, Alert, Anticipatory, Admirable, Attentive, Agile, Advance, Astute dan Articulative.

Program tersebut telah menerima 71 pencalonan dengan 48 calon bagi 9 kategori utama dan 2 kategori sampingan.

Program ini yang telah berlangsung selama lapan (8) hari bermula pada 8 Mei sehingga 15 Mei lalu menerima lebih 10,000 likes bagi keseluruhan kategori.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Hj. Zainuddin percaya bahawa program ini berpotensi untuk diperluaskan lagi ke peringkat regional dan perkara ini akan dilaksanakan seawal tahun hadapan.

Sementara itu, menurut Naib Presiden (Penjenamaan & Komunikasi Korporat) itu lagi, sebahagian daripada kategori ini dinilai melalui undian yang dipantau oleh Pejabat Ketua Pegawai Digital UCYP, manakala bagi kategori utama iaitu IKON Adaptive , dua calon disenarai pendek dan dinilai oleh panel yang dilantik berdasarkan garis panduan serta ciri-ciri yang telah ditetapkan.

Mahendran A/L Shilowaras dan Liyana Nur Hazirah Binti Mohd Noor Azman telah dipilih oleh panel untuk menerima anugerah The Adaptive ICON 2020. Pemilihan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah pencapaian akademik, sahsiah diri serta sumbangan yang telah diberikan kepada universiti yang boleh dijadikan contoh kepada para pelajar lain.

Menurut Mahendran, daripada Fakulti Sains & Teknologi, beliau begitu gembira dengan anugerah yang telah diberikan oleh pihak universiti iaitu The Adaptive ICON. Dalam pada masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada semua yang mengundi beliau bagi kategori Articulative.

“Saya berasa amat gembira, namun ia bukannya mudah kerana ia satu lagi tanggungjawab yang besar sebagai IKON UCYP. Harapan saya supaya UCYP terus maju kehadapan serta dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa,” tambahnya lagi.

Bagi Liyana Nur Hazirah binti Mohd Noor Azman, pelajar Fakulti Pembangunan Insan yang turut memenangi kategori Attentive, merasakan anugerah The Adaptive ICON adalah satu kepercayaan dan penghargaan yang tinggi terhadapnya.

“Saya sangat berbangga menjadi salah seorang UCYPians dan berharap agar UCYP akan kekal menjadi sebuah univeristi penuh yang berprestij,” tambahnya lagi.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori ini telah membawa pulang hadiah wang tunai, plaque, serta sijil penghargaan.

 

Senarai penuh pemenang IKON UCYP 2020

NO KATEGORI NAMA FAKULTI
1 THE ADAPTIVE ICON MAHENDRAN A/L SHILOWARAS FOSE
2 THE ADAPTIVE ICON LIYANA NUR HAZIRAH BINTI MOHD  NOOR AZMAN FOHD
3 AMBITIOUS NUR AINA NATASHA BINTI MOHD RAZIB FOHD
4 ALERT MUHAMMAD HAIKAL BIN ARMAN FOM
5 ANTICIPATORY NURUL NADZIRAH BINTI TERUNA FOM
6 ADMIRABLE SITI NURAAINAA BALQIS BT ABDULLAH FOM
7 ATTENTIVE LIYANA NUR HAZIRAH BINTI MOHD NOOR  AZMAN FOHD
8 AGILE MUHAMMAD IQMAL HAZIQ BIN ABD RAHIM AISAL
9 ADVANCE MOHAMAD NOR BADAWI BIN ABU SAMAH FOM
10 ASTUTE AMIRAH NADIAH BINTI MANSOR FOHD
11 ARTICULATIVE MAHENDRAN A/L SHILOWARAS FOSE
12 FESYEN  MELETOPPS AIN FARZANA BINTI AZLEE FOM
13 INSTAFAMOUS NURUL NADZIRAH BINTI TERUNA FOM

 

DISEDIAKAN OLEH:

PEJABAT PENJENAMAAN & KOMUNIKASI KORPORAT
UCYP

Return to top of page