Skip links

UCYP – TUAN RUMAH DUA KONFERENS ANTARABANGSA

UCYP telah menjadi tuan rumah kepada International Conference On Innovative Technology and Social Science (IC.ITSS)  dan The 6th International Conference on Language and Education (ICLE) yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 12 dan 13 November 2020 secara atas talian.  

Penganjuran program ini telah melibatkan kerjasama antara UCYP dan tujuh (7) institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara antaranya adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (Malaysia), Universiti Teknologi Brunei (Brunei Darussalam), Universitas Sumatera Utara (Indonesia), Universitas Negeri Medan (Indonesia), Universitas Bengkulu (Indonesia), Universitas Teuku Umar (Indonesia), dan Universiti Phetchaburi Rajabhat (Thailand).

Pemilihan tema Teknologi dan Sains Sosial Abad ke-21 serta Halangan dan Peluang dalam Era Norma Baharu telah disertai oleh 98 orang pembentang dan lebih kurang 250 peserta yang terdiri dari sebelas (11)  negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapore, Canada, Arab Saudi, India, Mesir, Filipina dan Jepun telah menyertai persidangan yang berlangsung selama dua (2) hari ini.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dalam ucapan aluan beliau berkata suasana pendemik Covid-19 bukan penghalang kepada dunia untuk bersatu membantu menjana dan berkongsi idea. Beliau yakin bahawa hasil penyelidikan dan pembentangan daripada dua (2) konferens tersebut mampu memberi jalan penyelesaian yang komprehensif, adaptif, kreatif dan inovatif untuk mengatasi isu-isu semasa yang dihadapi masyarakat global.

Dalam pada itu YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Amrin Saragih daripada Universitas Negeri Medan dan Profesor Dr. Nena P. Valdez daripada Universiti Teknologi Brunei merupakan tiga (3) orang penyampai ucaptama yang dijemput khas. Ahli akademik yang tersohor ini mengupas pembentangan masing-masing dengan isu-isu menarik yang pasti merangsang minda. Rakaman pembentangan mereka dapat diikuti di laman rasmi media sosial Facebook University College of Yayasan Pahang.

Profesor John Adamson (University of Niigata Prefecture, Japan), Dr Robbie Lee Sabnani (National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapore), Dr. Azhar Jaafar @ Ramli (UCYP Malaysia), Dr. Tan Li Pin (UCYP Malaysia), dan Dr. Poonsiri Thipnate (Phetchaburi Rajabhat University, Thailand) turut diberi ruang untuk menyampaikan perkongsian tentang hasil penyelidikan berkaitan Sains Sosial,Teknologi Inovatif, Bahasa dan Pendidikan dalam konferens kali ini.

Program ini telah dibahagikan kepada tiga (3) sesi Parallel yang dijalankan selama dua (2) hari dengan 98 orang pembentang telah membentangkan hasil kajian dan penyelidikan mereka sepanjang sesi tersebut.

Ketua Pegawai Digital UCYP, Puan Suriyani Sulaiman turut menyampaikan bengkel Teaching Apps/Tools for Educators pada hari pertama manakala Pengurus Pusat Pengurusan Penyelidikan UCYP, Dedi Sanjaya menyampaikan bengkel bertajuk Scientific Writing Workshop: A Guide To Getting Published In Scopus Indexed Joural pada hari kedua.

Seramai tiga orang pembentang terbaik telah dipilih oleh juri yang terlibat dalam menilai hasil penyelidikan dan pembentangan para peserta. Antara yang berjaya memenangi pembentangan terbaik adalah:

 

No. Nama Tajuk Penyelidikan Institusi
1 Azhar Aziz Lubis  Portraits of Indonesian University Graduates of English And Non-English Departments Viewed by English Proficiency Universitas Bengkulu, Indonesia
2 Norsazalina Che Ghazali Factors of Digital Marketing Adoption By SME In Pahang; Post Covid-19  University College of Yayasan Pahang, Malaysia
3 Nazli Ismail Nawang Self-Regulation Versus State Regulation – Analysing the Appropriate Regulatory Style For Online News Portal in Malaysia  Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

Pemenang telah membawa pulang wang tunai dan e-sijil. Seterusnya, sesi bergambar secara atas talian menjadi acara penutup bagi program ini.

Ucapan aluan Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin

Jemputan khas Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai penyampai ucaptama.

Profesor John Adamson dan Dr. Robbie Lee Sabnani antara penceramah jemputan untuk persidangan IC.ITSS dan ICLE yang ke – 6

Antara gambar peserta yang diambil secara tangkapan skrin pada akhir program IC.ITSS dan ICLE ke -6, tahun 2020.

Return to top of page