Skip links

MAJLIS PELANCARAN UCYP MODUL DIGITAL BEST-TARI

18 November 2020

Naib Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia, Yang Hormat Dato’ Sri Maznah binti Mazlan hari ini telah melancarkan modul digital BEST-TARI di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur Kuantan.

Modul digital BEST-TARI yang mengandungi sembilan (9) modul utama dan satu (1) modul eksklusif merupakan hasil idea sepenuhnya oleh para pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia dalam Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang turut dibantu oleh pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UCYP.

Menurut Pengarah Program Dr. Norasiha Hamid, modul ini sesuai dijadikan bahan bantuan pembelajaran bagi kanak-kanak dengan mensasarkan jualan kepada pemilik tadika atau taska mahupun golongan persendirian dan ianya bakal dijual di pasaran secara atas talian tidak lama lagi.

“Modul digital yang dihasilkan adalah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan didatangkan dengan sembilan (9) modul lengkap bersama 1 modul ekslusif merangkumi semua aspek pembelajaran ulangkaji dan penilian kendiri. Beberapa kelebihan yang ada pada modul digital ini seperti fleksibel, mudah akses, beranimasi, permainan interaktif dan lagu terkini dapat menjamin suasana pembelajaran yang lebih efektif kepada pengguna”- tambahnya lagi.

Modul BEST-TARI ini juga turut menarik perhatian Yang Hormat Dato’ Sri Maznah binti Mazlan ketika dalam ucapannya berkata, usaha dan pendekatan UCYP juga dilihat selari dengan transformasi pedidikan ke arah pengunaan teknologi yang dimanifestasikan dalam bentuk modul. Oleh itu, beliau berharap modul digital ini dapat memberi manfaat kepada para guru dan pelajar program pendidikan awal kanak-kanak.

BEST-TARI adalah gabungan perkataan BEST iaitu keseronokan dan TARI yang merupakan singkatan perkataan :

BEST

T

Teachable / Mudah diajar

A

Adaptive / Adaptif

R

Revolutionised / Revolusi

I

Interactive / Interaktif

 

BEST-TARI

 

Harga yang ditetapkan untuk satu (1) modul adalah RM 49.90 manakala pembelian set lengkap dengan sembilan (9) modul bernilai RM 449.00. Namun bagi 100 orang pembeli terawal akan mendapatkan harga istimewa iaitu RM 349.00.

Turut diadakan dalam majlis ini adalah sesi perkongsian tip amalan dan penyediaan pemakanan sihat untuk si cilik yang disampaikan oleh Pn. Nurshazwani binti Ahmad Nazri, Pegawai Sains Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Sesi pelancaran ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP dan Professor Emeritus. Dato. Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP. 

  Persembahan zumba anak-anak tadika UCYP

Gimik pelancaran Modul Digital BEST-TARI yang dirasmikan oleh Yang Hormat Dato’ Sri Maznah binti Mazlan 

Para peserta turut mengambil peluang bergambar bersama tetamu kehormat

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin menyerahkan cenderamata kepada Yang Hormat Dato’ Sri Maznah binti Mazlan diiringi oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Pn. Nurshazwani binti Ahmad Nazri ketika perkongsian ilmu dalam slot kesihatan

Ybhg Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dan Yang Hormat Dato’ Sri Maznah binti Mazlan turut berkesempatan membeli cederamata selepas tamat majlis pelancaran.

Return to top of page