Skip links

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah lskandariah binti AI-Marhum AI-Mutawakkil Alallah Sultan lskandar AI-Haj
Tuanku Canselor
Universiti College of Yayasan Pahang

Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di lstana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah lskandariah Binti AI-Marhum AI-Mutawakkil Alallah Sultan lskandar AI-Haj merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan lskandar Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Baginda telah diijabkabul dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Sultan Haji Ahmad Shah AI-Musta’in Billah pada 6 Mac 1986 dan dikurniakan dengan empat orang puteradan dua orang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser lbni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah lbni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad lskandar Ri’ayatuddin Shah lbni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah lbni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.

AKTIF DALAM BIDANG MASAKAN
KDYMM Seri Paduka Baginda sangat terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan. Baginda telah menghasilkan tiga buah buku resipinya sendiri, iaitu “Air Tangan Tengku Puan Pahang” dan “Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional” yang diterbitkan pada tahun 2007 serta “Buku Masakan Tradisional Pahang” yang dilancarkan pada tahun 2018.
Aspirasi yang tercipta daripada minat Tuanku juga, maka wujudlah Sekolah Memasak Tuanku di Pekan dan Tunku Azizah Kitchen Studio di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan.

Dalam satu temubual bersama media, KDYMM Raja Permaisuri pernah mengatakan bahawa minat baginda yang mendalam terhadap bidang masakan salah satunya adalah disebabkan dorongan yang diberikan oleh Almarhum ayahanda baginda Sultan lskandar. Menurut temubual tersebut, baginda mula berjinak-jinak dalam bidang masakan seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya. Bukan itu sahaja, baginda juga pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di lnstitut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Bahkan, baginda sanggup menyinsing lengan baju semata-mata untuk memasak lauk-pauk bagi memastikan mangsa banjir mendapat makanan lazat dan mencukupi ketika dilanda musim tengkujuh.

TENUN PAHANG DIRAJA
Selain mempunyai kepakaran dalam selok-belok bidang masakan, KDYMM Seri Paduka Baginda juga memperjuangkan seni kain Tenun Pahang Diraja yang berusia lebih 300 tahun. Minatnya terhadap corak tenunan Pahang telah membuatkan baginda
k􀀃m!ted untuk membangunkan Tenun Pahang D1ra1a. Kompleks Tenun Pahang Diraja dibina
sebagai usaha Penjara Penor dan Pulai Keladi untuk mengangkat martabat produk Tenun Pahang di samping meningkatkan produk pengeluarannya.
Selain itu, kewujudan hubungan antara Galeri Tenun Pahang Kg. Soi dan Tenun Pahang Diraja, Penjara Penor membolehkan banduan dilatih dengan kemahiran mengeluarkan produk bawah label Tenun Pahang Diraja.

YAYASAN FERTILITI TUNKU AZIZAH (TAFF)
Ujian yang dihadapi untuk mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada KDYMM Seri Paduka Baginda untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada tahun 2004 bagi membantu golongan wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Organisasi ini dibantu oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 10 ahli yang dilantik. Keahlian Yayasan ini hanya dengan jemputan sahaja.

Return to top of page
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com